Wednesday, October 22, 2008

Aku Pon X PaHam !!!!

Kenapa Hindraf terus diberi muka?

Oleh Zulkiflee Bakar

PADA 15 Oktober lalu, kerajaan mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram - satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Berikutan keputusan itu Hindraf diletakkan sebaris dengan pertubuhan yang pernah diwartakan haram iaitu Parti Komunis Malaya (PKM), Nasrulhaq, Al-Maunah dan Al-Arqam.

Sehari selepas itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menegaskan bahawa polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindraf jika ia masih menjalankan aktiviti selepas diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram.

Namun begitu apa yang berlaku semalam di pekarangan Parlimen yang menyaksikan sekumpulan penyokong pertubuhan haram itu berhimpun telah menimbulkan persoalan kenapa tindakan tidak diambil ke atas mereka.

Bukan sahaja dibenarkan berhimpun, malah mereka boleh masuk ke bangunan Parlimen.

Ini kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sudah menegaskan, sesiapa juga yang terlibat dengan pertubuhan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Tetapi malangnya semalam mereka berkumpul seolah-olah mereka bukanlah sebuah pertubuhan haram dan membuat tuntutan mendesak kerajaan mengembalikan pasport antarabangsa milik Pengerusinya, P. Waytha Moorthy.

Bayangkanlah apa yang akan berlaku seandainya yang berkumpul tersebut ialah anggota-anggota Al-Arqam yang pernah diharamkan oleh kerajaan suatu ketika dulu.

Sebaik Al-Arqam diharamkan, pihak berkuasa melakukan pemantauan rapi dan mereka yang terlibat dalam apa juga bentuk perhimpunan pasti akan meringkuk dalam lokap. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak turut diangkut sekali oleh pihak polis dan sama-sama disumbatkan ke dalam lokap bersama ibu bapa mereka.

Justeru dalam soal ini, kerajaan dan pihak berkuasa harus tegas serta tidak terlalu berlembut atau memberi muka kepada Hindraf.

Ini kerana pewartaan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan haram tidak seharusnya menjadi sekadar satu rekod pentadbiran negara atau untuk memberi amaran semata-mata.

Sebaliknya, ia harus disusuli dengan tindakan tegas supaya orang ramai memahami bahawa Hindraf adalah benar-benar sebuah pertubuhan haram dan tidak boleh aktif sama sekali, bukannya diharamkan di atas kertas sahaja.

Apa yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Hindraf semalam jelas menunjukkan mereka seolah-olah cuba mencabar pihak berkuasa.

Mereka tahu bahawa pertubuhan itu diharamkan dan mengerti apa yang mereka lakukan melanggar undang-undang tetapi mereka lakukan juga.

Ini semua terjadi kerana ada parti politik yang masih terus membela biarpun aktiviti Hindraf seperti mana kata Syed Hamid boleh mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian rakyat keturunan India terhadap kerajaan serta menimbulkan kebencian di antara orang Melayu dan India di negara ini.

Oleh itu apa istimewanya penyokong-penyokong Hindraf ini sehinggakan mereka berkumpul secara terbuka di pekarangan Parlimen pun masih belum ada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa?

Kalau kita masih ingat pada tahun 1994, apabila Al-Arqam diharamkan bukan sahaja semua markas pertubuhan itu diserbu oleh polis dan aset mereka dirampas, malah kita menyaksikan bagaimana berbondong-bondong pengikut Al-Arqam 'diangkut' ke dalam trak polis tanpa mengira siang dan malam.

Mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan ada pula yang dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan.

Malah tindakan terhadap pengikut Al-Arqam itu berterusan hingga hari ini di mana koperasi Rufaqa dan ahli-ahlinya yang dikatakan tunas pertubuhan haram turut dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu kenapa Hindraf tidak diberi layanan yang sama?

Atas nama keadilan dan kesamarataan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Hindraf kerana ia tidak harus dilihat seolah-olah mempunyai keistimewaan kerana masih bebas bergerak dan melakukan apa sahaja biarpun ia sudah diwartakan secara rasmi sebagai pertubuhan haram.

Apa yang dibimbangkan jika pihak berkuasa terus berlembut, penyokong-penyokong Hindraf akan terus aktif dan sama sekali tidak akan mempedulikan pewartaan terhadap pengharaman mereka.

Oleh itu sebelum kumpulan tersebut menjadi 'besar kepala' bertindaklah segera. Kita yakin sebahagian besar masyarakat India akan menyokong tindakan tegas kerajaan kerana mereka cintakan kedamaian dalam negara pelbagai kaum ini.

www.utusan.com.my

Malaysia - Merdeka - Melayu - Maksiat

4m yang cukup sinonim..

bila datngnya 30 ogos...suma org jadi kelam kabut..jem bandar..sesak lalulintas.

pemuda pemudi jadi seperti x siuman..keluar dgn pakaian dan gaya yang seperti orang gila..semua bertubi2 menuju ke tempat yang bergula...

bergula...ha.. tempat bergula.. sambutan merdeka yg kononnya nak ingati jasa2 org terdahulu yang perjuangkan tanah melayu di penuhi dengan tembakan bunga api... pom pom pom .. mcm2 budak2

pastu penuh budak2 melayu bercouple , laki prmpuan x ada batasnya, dari semuda 11 tahun hingga ke tua bangka... ada d situ nak berhibur dgn keramaian org2 yg pening lalat..

APA SEMUA INI.. tolonglah.. MATANG LA CKIT ..!!!

x tahu ke apa berlaku mlm merdeka..maksiat bercambah..akhlak rosak menjadi2.. oh Malaysia....oh Malaysia.. apa masa depan kau jika muda mudinya semacam ini.. hancus

BANTERAS????

mudah je.. no more concert.. setiap tahun buat tahlil n majlis kesyukuran di masjid2 ..ajak remaja2 datang.. sediakan makanan free... jadila mesra remaja...

jdi bila mlm merdeka semua masjid dipenuhi mcm ari raya..alangkah indahnya.. x ada gejala rosak akhlak..sejuk mata memandang..

X NAK JUGAK BATAL KONSERT .. HA!!!!

Tuesday, October 21, 2008

Kawan Korang Camne??? or Korang terhadap kawan korang Camne??

(aku amek ni dari GPMS yahoogroup)

KATA HIKMAH: SAHABAT
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman, maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang engkau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah! Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paliang lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya, maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya. Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya, sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya. Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya, seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita, kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu, kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh. Oleh itu, berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan, di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan, pertama iman kepada Allah, kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan, "Wahai tuhanku, kurniailah kepadanya petunjuk, terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya" .
Suatu pendirian yang salah, tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama. Mempertahankan yang batil, sama seperti menunda kekalahan.

Budak Universiti

sedap alunan yang dibuat oleh aris rawatan

dalam salah satu lagunya yang bertajuk permaidani
dalam maksudnya, bisa bunyinya..

jika engkau berada di stesen bas, tentu engkau nampak apa benda yang berlaku kat situ, dengan penjual tiket di setiap kaunter yang riuh rendah mempromosi tiketnya, dengan para penumpang sibuk mengangkat bagasi masing2, dengan keluarga yg menghantar sdara mereka....dan engkau mmg tahu apa yang berlaku di situ walau x kesemuanya

kerana apa kau tahu...mudah jawapannya...kerana engkau ada disitu dan MEMPERHATIKAN suasana.
tp jika engkau turut sibuk sama dalam hal engkau sendiri mencari tiket, mengangkat barang dan mcm2 lagi .. kau x akan perasan apa yang sebenarnya berlaku disitu...

apa menda yang nak ku bg tahu sebenarnya?

im now at universiti, aku pelajar universiti, aku ada di situ... aku perhatikan apa ada di tempat yang kononnya hebat sgt ini.. yg ramai org nak datang ke sini lantaran ke"gah"annya.

di sini adanya majoriti kumpulan manusia yang bernama belia, remaja, org muda.. mereka inilah pencorak bangsa, pemerintah negara kelak. pemerintah negara?... ha... nak tersedak rasanya..
apa ke tidaknye.. layakkah mereka ini, mcm x layak je, x ade tanjak pun ..

mengaji malas, agama x dijaga, aurat x pernah tutup habis, pergi kelas lambat, x hormat guru, solat pun kekadang "telepas", pergaulan antara lelaki dan perempuan mcm x de pepe.. (biasa la skrg dah moden..huh) .. boleh mereka ini jadi pemimpin.. tp hancus, hancus ..

apa aku buat?? aku baik sgt ke? aku cukup alim ke?
tidak tidak tidak......

kalau korg semua nak tahu, disampg adanya kumpulan2 yang "nakal" ini.. wujud juga satu lagi kumpulan yang sungguh komitmen...komitmen dengan agama Islam, akhlaknya indah, budi pekertinya mulia, ilmunya masyaAllah hebat... mereka inilah yang bersusah payah malam dan petang memikirkan masalah student yg bermasalah ini..mcmana kite nak bawa diorg bersama kita? kite x boleh tinggalkan mereka..mereka saudara kita?

x cukup dengan kesibukan study, perlu fikir siang dan malam untuk kemaslahatan umat...aku kenal mereka ini...walau pada zahir mereka sentisa tersenyum, tp pada hati mereka sentisa rasa pilu dgn keadaan di sekeliling mereka dengan shakhsiah sahabat2 mereka yang semakin rosak....

apa aku buat...aku sertai mereka, aku rapatkan diri dengan mereka.. walau aku bukanlah org yg cukup baik.....

...... jadi inilah suasana di universiti ... jgn anda semua yg x berada d universiti merasakan para student d uuniversiti sudah cukup hebat..mereka ini perlukan lebih bimbingan

oleh itu, program2 keagamaan mesti diperbanyakkan, hapuskan segala aktiviti yg boleh merosakkan akhlak mereka...konsert bebas di sana sini dan mcm2 lagi aktiviti2 yg membawa remaja ke kancah kerosakan mesti di"zero"kan...

kerana apa... kerana jika engkau nak lihat masa depan sesebuah negara

LIHATLAH PADA KUALITI YG ADA PADA REMAJA YG ADA DI NEGARA ITU !!!!!!!

Marilah Kesini !!!!



Selamat datang untuk aku dan untuk semua para pelayar .....

hari ini aku tahu, korang semua pon tahu
ada berjuta2 blog kat dunia maya internet

dan aku mahu salah satu dari yang berjuta2 itu adalah
blog yang dikenali sebagai
GREY MATTER OF THE WORLD

blog aku....

Inilah pintu kerdipan idea2 aku yang aku akan letupkan ke dunia
biar korang semua tahu apa aku fikir ttg dunia

kadang2 aku tgk para cendiakawan pun x boleh bg pendapat yg bernas
jadi biar aku sajalah yang mencuri masuk
biar aku lontarkan apa yang aku rasa betul dgn ilmu yg sgt cetek
yg aku punyai
Hasil karunia yang Maha Esa.

Selamat tinggal untuk kali ini.....
semoga berjumpa lagi

bosankah? jgn rasa bosan...kerana kita semua
punyai tanggungjawab yang melebihi masa yg diperuntukkan pada kita

Terima kasih Tuhan ..